Pegawai polis Senarai_watak_dalam_siri_Detektif_Conan

Jabatan Polis Metropolitan Tokyo (警視庁, Keishichō)

NamaGambarNama Sebenar & Penerangan
Inspektor MegureSuara latar: Chafurin
Juzo Megure (目暮 十三, Megure Jūzō)
Inspektor Megure (目暮 警部, Megure Keibu)Dia merupakan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dalam bahagian pembunuhan di Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia sering memakai topinya ke mana sahaja bertujuan untuk menyorok kesan parutnya.
Pegawai TakagiSuara latar: Wataru Takagi
Wataru Takagi (高木 ワタル, Takagi Wataru)
Dia merupakan seorang pegawai polis berpangkat Sarjan dalam bahagian pembunuhan di Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia telah bekerja di bawah Inspektor Megure. Dia merupakan teman lelaki Miwako Sato yang juga merupakan rakan sekerjanya.
Pegawai SatoSuara latar: Atsuko Yuya
Miwako Sato (佐藤 美和子, Satō Miwako)
Dia merupakan seorang pegawai polis berpangkat Penolong Inspektor dalam bahagian pembunuhan di Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia bekerja di bawah Inspektor Megure. Kadang-kala sikapnya menjadi sangat garang dan serius apabila sedang mengintip. Dia merupakan teman wanita Wataru Takagi yang juga merupakan rakan sekerjanya.
Pegawai ChibaSuara latar: Isshin Chiba
Kazunobu Chiba (千葉, Chiba)
Dia merupakan seorang pegawai polis berpangkat Sarjan dalam bahagian pembunuhan di Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia bekerja di bawah Inspektor Megure. Tugas utamanya ialah menyiasat dan mendapatkan maklumat dari luar tempat kejadian.
Inspektor ShiratoriSuara latar: Kaneto Shiozawa (Episod 146-157), Kazuhiko Inoue (Episod 205 - kini)Ninzaburo Shiratori (高木 ワタル, Shiratori Ninzaburo)
Dia merupakan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dalam bahagian pembunuhan di Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia merupakan teman lelaki kepada Cikgu Kobayashi.
Penguasa KurodaSuara latar: - (tidak diketahui lagi)
Hyoue Kuroda (黒田 兵衛, Kuroda Hyoue)
Bekas ketua Ibu Pejabat Polis Daerah Nagano bahagian pertama dan kini merupakan Penguasa Polis bahagian pertama di Ibu Pejabat Polis Tokyo untuk menggantikan Penguasa Matsumoto yang telah dinaikkan pangkat sebagai Penguasa Kanan. Mata kanannya telah cedera dalam satu kemalangan dan digantikan dengan mata buatan manusia. Minuman kegemarannya ialah teh hitam.
Penguasa Kanan MatsumotoSuara latar: Seizo Kato (Episod 18 - 683)
Kiyonaga Matsumoto (松本 清長, Matsumoto Kiyonaga)
Bekas Penguasa Polis bahagian pertama di Ibu Pejabat Polis Tokyo dan kini merupakan seorang pegawai polis berpangkat Penguasa Kanan serta orang atasan Inspektor Megure. Mukanya yang garang serta parut atas mata kirinya menyebabkannya kelihatan sukar untuk didampingi. Parutnya disebabkan oleh pembunuh bersiri yang menggunakan pedang samurai ketika membuat siasatan.
Pegawai YumiSuara latar: Yuu Sugimoto
Yumi Miyamoto (宮本 由美, Miyamoto Yumi)
Seorang pegawai polis dalam bahagian lalu-lintas dan juga kawan baik Sato. Dia sering menggalakkan perkembangan hubungan antara Sato dan Takagi. Dia kerap menjalankan 'patrol' secara berpasangan dengan seorang anggota polis yang baru bernama Naeko Miike.
Pegawai NaekoSuara latar: Rie Tanaka
Naeko Miike (三池 苗子, Miike Naeko)
Seorang polis bahagian lalu-lintas yang baru berpindah ke Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia merupakan rakan sekolah rendah dan cinta pertama Pegawai Chiba tetapi telah terpisah selama 13 tahun kerana bertukar sekolah.
Inspektor NakamoriSuara latar: Unsho Ishizuka
Ginzo Nakamori (中森 銀三, Nakamori Ginzō)
Dia telah berurusan dengan Kaitou Kid sejak dia mula-mula menyertai pasukan polis, tetapi dia tidak tahu bahawa dia telah berurusan dengan Kaitou Kid yang asal bernama Toichi Kuroba dan Kaitou Kid yang baru dan licik, anak Toichi:Kaito Kuroba. Kaito ialah kawan rapat kepada Aoko iaitu anak perempuannya sejak kecil lagi.
Inspektor YuminagaSuara latar: Natsuo Tokuhiro
Inspektor Yuminaga (弓長警部, Yuminaga Keibu)
Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dalam bahagian kebakaran dan bekas orang atasan Kogoro Mouri.
Penguasa ChakiSuara latar: Nobuo Tanaka
Shintaro Chaki (茶木 慎太郎, Chaki Shintarō)
Dia merupakan Penguasa Polis bahagian kedua (Operasi menangkap Kaitou Kid) di Ibu Pejabat Polis Tokyo dan orang atasan kepada Ginzo Nakamori.


Jabatan Polis Wilayah Osaka (大阪府警察, Ōsakafukeisatsu)

NamaGambarNama Sebenar & Penerangan
HeizoSuara latar: Takehiro Koyama
Heizo Hattori (服部 平蔵, Hattori Heizō)
Bapa kepada Heiji Hattori. Dia merupakan Ketua Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Osaka.
Inspektor ToyamaSuara latar: Masato Sako (Episod 118), Shinji Ogawa (Episod 263 - 521)
Ginshiro Toyama (遠山 銀司郎, Tōyama Ginshirō)
Bapa kepada Kazuha Toyama. Dia merupakan Ketua Detektif dari Ibu Pejabat Polis Daerah Osaka.
Inspektor OtakiSuara latar: Norio Wakamoto
Goro Otaki (大滝 悟郎, Ōtaki Gorō)
Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah Osaka. Dia juga merupakan kawan rapat kepada Heiji dan Heizo.


Jabatan Polis Wilayah Nagano (長野県警部門, Nagano kenkei bumon)

NamaGambarNama Sebenar & Penerangan
Inspektor YamatoSuara latar: Yuji Takada
Kansuke Yamato (大和 敢助, Yamato Kansuke)
Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nagano. Parut di sebelah mata kiriya dan kaki kirinya lumpuh telah menyebabkan dia menjadi orang kurang upaya disebabkan kemalangan yang melibatkan salji runtuh semasa menjalankan siasatan tetapi dia tetap tidak patah semangat untuk menjadi seorang anggota polis.
Pagawai UeharaSuara latar: Ami Koshimizu
Yui Uehara
Bekas rakan sekerja Kansuke Yamato sebelum berhenti menjadi anggota polis. Kini dia berkhidmat semula sebagai pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Nagano.
Inspektor MorofushiSuara latar: Sho Hayami
Taka'aki Morofushi (諸伏 高明, Morofushi Taka'aki)
Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nagano. Dia merupakan kawan dan pesaing Kansuke Yamato sejak kecil lagi.


Lain-lain Jabatan Polis

NamaGambarNama Sebenar & Penerangan
Inspektor YokomizoSuara latar: Akio Otsuka
Sango Yokomizo ((横溝 参悟, Yokomizo Sango)
Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shizuoka, dikenali kerana perwatakannya yang ceria dan kadang-kadang memandang serius dalam kes.
Inspektor JugoSuara latar: Akio Otsuka
Jugo Yokomizo (横溝 重悟, Yokomizo Juugo)
Kembar kepada Sango Yokomizo. Dia merupakan seorang Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kanagawa. Perwatakannya sangat seram, menakutkan, pemarah dan tidak suka kepada sesiapa yang kacau dalam kes.
Pegawai YamamuraSuara latar: Toshio Furukawa
Misao Yamamura (山村 ミサオ, Yamamura Misao)
Dia merupakan seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gunma. Dia merupakan seorang pegawai polis yang sangat lembab. Kini, dia telah dinaikkan pangkat sebagai seorang "Inspektor".